Nov 23, 2010

Kita adalah Robot

Aku adalah robot,
Tanpa wayar,
Elektrik,
Besi,

Aku adalah Robot,
Saat si jantan memekik,
aku dihidupkan,
Masih bertahan,

Fajar mula meninggi,
Mulanya aku berfungsi,
Mendengar getus hati,
Rakan senasib diri,

Aku adalah robot,
yang bicara masa depan,
pabila habis tenaga,
Buang,

Aku Robot,
Yang ingin bermimpi,
Untuk menjadi seperti burung,
Terbang tinggi, imaginasi...

Aku tetap robot,
Dari 9 pagi tetap berdiri,
6 petang baru di mati,
Khianati... Kehidupan ini,

Aku, kau, Kalian,
Kita adalah robot,
Saatnya celik dunia,
hingga pejam tak berbeza...

Nov 21, 2010

Teriak Kemiskinan

Malam tiba seri,
Kuharap pagi indah tidak menyepi,
Agar aku tak gundah,
Nikmati Hari pagi,

Mau ke pasar membeli,
Harganya menyombong tinggi
Tak layak bersahabat lagi,
Harap mereka mengerti,

Pasti bingung,..
bila aku kembali,
Teriak mereka gembira meninggi,
Ayah pulang bawa sarapan pagi,
Kita sudah punya wang untuk membeli roti,

Mana dicari wangnya,
Andai semua tak dihargai,
oleh keperluan kini,
Mereka menyombong meninggi,
Tinggalkan kami kemiskinan kini...


Kisah nyata yg pernah dialami sewaktu zaman kepayahan seluruh keluargaku gara-gara membetulkan kesalahan, kami terhambat oleh kemiskinan....

Nov 13, 2010

Andai aku hilang...

Hari itu akan datang,
Segala gemilang... kecundang,
Jangan meradang,
Ia terhidang,

Ia telah lama menunggu... menjemputku,
Datangnya tiada waktu hanya DIA penentu,
Saat DIA menjemputku... Jangan berduka buat aku bimbang,
Saat pergiku iringi dengan tawa riang,

Lepaskan aku dengan tenang,
Ingat aku saat riang,
Hanya satu yang harus dibilang,
Doakan aku sentiasa tenang,
Andai aku hilang.....

Nov 7, 2010

Memali

Meja Bulat,
Para bangsawan,
Mula Sepakat,
Hapuskan saja mereka yang menggugat,

Takla Fajar baru menjengah
19 November segalanya bermula,
Berdarah peristiwa, dongengkan berita,
Propaganda bermaharajalela,

14 nyawa tak berharga,
Mereka bebas gembira setelah musnah segala,
Bermula episod duka,
Di pekan kecil MEMALI namanya,

Langit berkerut tanpa cahaya
Seolah ngerti...
Pada peristiwa..
Darah Syuhada mengalir indah...

Embun pagi menguap,
Di atas jalan berlumpur,
Puluhan kaki kasar,
Ke hulu ke hilir,

Kemudian berubah keseratus,
di atas rumput,
becak bersampah,
Laungan Allahuakbar, bermula cerita,

Terdengar laungan peluru...
Tiada Sedih sendu..
Seakan ngerti,
Mereka tewas di dinihari, tiada lagi...

"Biar mereka datang,
Hadapkan dengan parang,
Kita akan meradang dihidang seperti jalang,
Menerajang.. walaupun kecundang,"

Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!! 
Teriak terakhir...
Sepi... tiada lagi memuji Ilahi,


Tinggal anak tak berbapa,
Keluarga tiada ketua,
Hanya cerita mereka penderhaka,
Propaganda...

Sempena 19 Nov ini... kisah dari memali... ini bukan tujuan aku berpolitik hanya luahan yang aku rasa ketidak adilan berlaku... diharap tiada yg mempergunakannya dgn tujuan politik....


Al-fatihah aku tujukan buat mereka yga tewas...




1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
 
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.


Nov 2, 2010

Kamar

Kamar ini...
Sempit untuk meniup nyawa,
Hanya 7 x 3 lebar dalamnya,
Tiada Jendela untuk dunia luar,

Tiada sinar Bahgia,
Andai dipeluk erat derhaka padaNYA,
Ifrit Teman Setia,
Neraka Tempat bercinta... Setia....

selapas aku hadiri pengurusan jenazah tahun 2008, nasib baik masih lagi dalam simpanan aku...

Anak Jalanan

Tak bersikat... Berkilat,
Sarungkan Seluar singkat,
BenSherman Ketat,
Vespa Berkilat,

Di teras emas kota,
Bermaharajalela,
Ramai yang gundah gulana,
Kita Raja Rimba konkrit kota,

Siang bekerja, malam berpoya,
Working class namanya,
Tapi masih dihina,
tak bermaruah kata mereka,

Dari 1 datangnya 2 seterusnya,
Rapatkan DOCMARTnya... Berderap,
Melangkah gagah,
Tengah Konkrit Rimba,

Di Dada akhbar,
Tersiar Dusta,
Pemakan sampah???
Tulisannya mahu nama..???
Dusta belaka,

Biarkan mereka buta,
menindas kita raja jalanan kota,
tak semudah disangka,
Masih melangkah walau dihina,

Koporat hanya mahu glamor,
Mangsanya??? Kami penjajah Pulau kota...
Anak jalanan negara...
Cuma lain identitinya,
Dah terbiasa dicerca...
oleh keparat tak ngerti apa...

Kami raja  konkrit kota...
Anak jalanan negara...




Merasa dukacita kerna selalu dipersalahkan oleh mereka yg hanya mahukan nama, hingga mengabaikan ape yg sebenarnya dari kami anak jalanan

Nov 1, 2010

Mengalir deras sungai nadiku,
Didendangkan hasutan,
Persetankan laungan serta raungan,

YA!! Silamku tak seperti BALQIS
Kudusku Tak Seindah YUSUF
JAHAL bukan diriku,

Semakin deras sungai ini mengalir,
Perlihatkan dindingnya merapuh,
Apakah harus menyeru syaitan satukan seteru.

kerana amarah aku kepada mereka yang selalu membicarakan tentang aku sedangkan xkenal siapa aku...