Jun 19, 2011

Perjalanan

Kaki ini telah lelah,
Menapak jejak drama dunia,
tak terhitung beribu langkah,
tak terbilang berliku arah,

Kaki ini tetap berlari,
Walaupun terjatuh berdarah,
Tetapku langkah,
Walaupun beban buatku perlahan,

Tetap laju berlari,
Mencari arah kebahagian,
cubaku tinggalkan penderitaan,
bebanan...

Kaki ini telah lelah...
Menapaki jejak drama dunia....

Jun 14, 2011

Sampah a.k.a hipokrit

Setiap Sudut dipenuhi,
Sahutan suara mereka,
Jijik aku merakamnya,

Selerak, berterabur,
cuba ku buang, semakin penuh,
cuba ku halang, makin datang,

Pelbagai Jenis,
Mereka tak punya masa rehatkah?
Bicara tentang koternya si polan,

Sucikah? Maksumkah?
Bicara tentang sampah jalanan,
Sedangkan ia lupa yang dia sedang bertaburan,
Tak sedar mereka mempalit kotoran,
melekat disebalik kesucian

Tentang ugama dan maruah

Jangan Agungkan eropah,
Sedangkan kita punya corak untuk digubah,
Jangan diaibkan hakikat,
Sembunyi yang makrifat,

Jangan dirujuk eropah sehabisnya,
Sedangkan kita yang pimpin sehingga berlari ia,
Hingga dimamah diri,
Tergadai maruah kini,

Lionheart dijulang,
Sedangkan SALADIN tak kita kenang,
Hanya berdendang bila....
Palestin bergendang...
Bukan tangis riang...