Setiap Sudut dipenuhi,
Sahutan suara mereka,
Jijik aku merakamnya,
Selerak, berterabur,
cuba ku buang, semakin penuh,
cuba ku halang, makin datang,
Pelbagai Jenis,
Mereka tak punya masa rehatkah?
Bicara tentang koternya si polan,
Sucikah? Maksumkah?
Bicara tentang sampah jalanan,
Sedangkan ia lupa yang dia sedang bertaburan,
Tak sedar mereka mempalit kotoran,
melekat disebalik kesucian
No comments:
Post a Comment